Sunday, October 17, 2010

FAKTA TENTANG CHOCOLATE



Coklat atau Chocolate sudah pasti disukai segenap lapisan umur tidak kira kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. Saya juga salah seorang yang tergolong dalam kelompok penggemar chocolate. Saudara juga begitu bukan? Jika dilihat pada hari ini, coklat telah divariasikan dengan pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk biskut, ais krim, dan juga kek. Kepelbagaian bentuk dan juga rasa membuatkan ramai yang menjadi peminat chocolate tegar. Semakin cantik coklat dihias, semakin tinggi nilai komersialnya. Tahukah anda dari mana datangnya istilah chocolate? Istilah Chocolate di sebut "xocolati" iaitu bahasa suku Aztec yang bermaksud minuman pahit. Coklat selalunya dianggap sebagai minuman yang dibuat buih, kadangkala ditaburi lada merah, vanila, madu dan sebagainya. Kini, fungsi coklat telah dipelbagaikan dan tinggi nilainya sehingga boleh dijadikan sumber pendapatan. Coklat mendapat sambutan daripada orang ramai dan selalunya ditempah untuk dijadikan sebagai hadiah, buah tangan dan sebagainya. Hujung bulan September yang lalu saya juga tidak terkecuali menerima 2 kotak yang berisi coklat. Coklat tersebut dihadiahkan oleh kawan baik saya sempena hari lahir saya. Lihat..betapa larisnya coklat sehingga mampu mendapat tempat dihati manusia.




Inilah coklat yang disaluti dengan almond atau dikenali juga badam pemberian kawan baik saya. Sedap sangat!betul-betul enak.... (^_^)... Di samping rasanya yang enak, coklat mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Apakah khasiatnya? Anda ingin tahu...ikuti entri saya di bawah ya!

Antara khasiat chocolate ialah:

  • mengurangkan proses penuaan, kerosakan sel, membantu tubuh untuk beristirehat & mengurangkan gejala insomnia
  • mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga kanser
  • memberikan ketenangan & rasa gembira
  • mengurangkan tekanan darah
  • meningkatkan fungsi otak
  • mengatasi bau mulut dan anti kaviti
  • menghalang penyakit Alzhemier's & osteoporosis

Ada juga mitos yang mengatakan dengan memakan coklat ia boleh membawa kesan sampingan seperti jerawat, migrain dan sebagainya. Kajian di Universiti Pittsburgh mendapati coklat bukan merupakan punca kepada berlakunya masalah migrain. Ia dapat membantu mengurangkan stress dan juga sakit kepala. 

Pada semester yang lalu seingat saya ketika Hari Susastera@blogspot.com, pensyarah kesayangan saya menyediakan 1 kotak kecil coklat yang cantik untuk diberikan kepada kami. Sungguh enak coklat pemberian Dr. Mawar! Terima kasih Dr.. Saya sempat mengambil gambar coklat tersebut.. Pelbagai bentuk coklat di dalamnya.





Rakan-rakan Persuratan Melayu, ingatkah anda akan coklat di atas??

4 comments:

  1. memang sedap pun hajar..peminat chocolate =)

    ReplyDelete
  2. Wanie,
    Masih melekat di ingatan ini akan coklat cantik yang akhirnya menjadi santapan jua.

    ReplyDelete
  3. Ain,
    sememangnya melekat di ingatan kita semua

    ReplyDelete