Thursday, October 7, 2010

AKOK


Akok merupakan sejenis kuih tradisional yang terkenal di Pantai Timur terutama di Kelantan dan juga Terengganu. Terdapat beberapa jenis akok iaitu akok berbentuk bujur, akok yang dibuat mengikut acuan baulu dan akok berbentuk bunga atau lebih dikenali sebagai akok Kemboja. Tahukah anda bagaimana rasanya kuih akok ini??pernahkah anda mencuba??

Akok seperti gambar di atas mempunyai rasa yang lemak dan manis. Rasanya yang lemak dan manis ini digemari oleh pelbagai peringkat umur. Kebiasaannya, akok menjadi menu utama juadah untuk berbuka puasa ketika bulan Ramadhan. Bahan utama untuk membuat kuih akok ini ialah telur itik atau ayam, tepung gandum dan juga santan.

Cara untuk menghasilkannya juga menarik iaitu ia dibakar menggunakan api atas dan bawah seperti membakar baulu. Jika anda melawat negeri Cik Siti Wan Kembang, jangan lupa untuk mencuba kuih akok ini. SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment