Wednesday, September 22, 2010

DI MANA HILANGNYA NILAI KEMANUSIAAN?


Sedih, pilu, terharu, marah dan bermacam-macam lagi perasaan menyelinap dalam diri manusia ekoran kes pembuangan bayi yang kian meruncing sejak akhir-akhir ini. Ke mana hilangnya sikap kemanusiaan seseorang individu itu? Bayi dibuang di merata-rata tempat dan gempar di dada-dada akhbar dan juga kaca-kaca televisyen. Paling menyayatkan hati, bayi dibuang di tempat pembakaran sampah dan menjadi makanan burung-burung gagak. Apalah dosa bayi tersebut sehingga diperlakukan sedemikian?




Kempen Kami Prihatin menjadi wadah penting sebagai langkah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah ini. Kempen ini telah dilancarkan pada 22 Mac 2010 oleh Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Saya juga tidak terkecuali untuk menyertai kempen ini yang dilancarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.



saya bersama 4 orang kawan menyertai kempen Kami Prihatin