Setiap insan semestinya memiliki insan tersayang di lubuk hati. Begitu juga saya. Bonda sememangnya melekat di lubuk hati ini. Bonda penguat semangatku untuk terus melakar kejayaan dan membuat yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Bonda ibarat sang matahari yang membiaskan sinar paginya di lubuk hati ini. Setiap kali berhubung dengan bonda, hatiku persis berbisik-bisik seakan mahu berada dekat di sampingnya. Jika dulu setiap hari dapat bergurau senda dan berkongsi cerita dengan bonda.. kini, aku jauh di perantauan menuntut ilmu. Aku begitu rindu untuk berjabat tangan, mencium tangan & pipi bondaku. Teringat nostalgia lama sewaktu sekolah dahulu. Setiap hari sebelum ke sekolah, tangan dan pipi bonda akan ku cium dan inilah yang menjadi penguat semangatku untuk melangkah menuntut ilmu. Aku begitu erat dengan bonda lantaran aku dibesarkan oleh bonda setelah pemergian ayahanda ketika aku masih berumur 3 tahun. Bonda begitu menitik beratkan hal-hal pembelajaran terhadap anak-anaknya. Baru saja sekejap tadi aku menghubungi bonda bertanyakan khabar. Alhamdulillah, bonda sihat walafiat..terubat rindu di hati ini. Tak sabar rasanya mahu menjejakkan kaki ke kampung halaman. Bonda memberikan kata-kata semangat kepadaku. Setiap kali menghubunginya kata-kata semangat inilah yang sentiasa terungkap dari mulutnya. "belajar rajin-rajin, jadi insan yang berguna dunia dan akhirat, dan jangan tinggal solat" kata-kata keramat dari bonda tercinta! terima kasih bonda. Kata-kata keramat itu menjadi pendorong buatku untuk terus berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sehingga tercapai cita-cita ku. InsyaAllah. Aku juga berharap aku dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan pada semester ini. Kata-kata keramat bonda akan ku galas buat bekalan untuk menempuhi peperiksaan yang bakal menjelma beberapa hari lagi. Semester ini hanya bersisa 4 hari lagi sebelum melabuhkan tirainya untukku menuju ke medan perang. Semoga semester ini lebih baik dari semester-semester yang lepas. Doakan kejayaan anakmu di perantauan bonda!
wanie muhammad
Friday, October 22, 2010
Wednesday, October 20, 2010
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Pejam celik pejam celik...sudah penghujung semester ya kawan-kawan. Pantasnya masa berlalu. Setelah berhempas pulas menelaah ilmu yang dicurahkan oleh para pensyarah, tibalah kita pada saat yang ditunggu-tunggu. EXAM memanggil-manggil kita semua! Peperangan yang cukup besar di setiap akhir semester. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua sahabat Persuratan Melayu. Semoga berjaya dan terus melakar kecemerlangan dalam setiap kali peperiksaan. Semoga kita semua diberikan petunjuk dari Allah agar peperiksaan kita semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya. Buat para pensyarah yang disayangi, halalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada kami. Doakan kejayaan kami.. ALL THE BEST TO ALL MY DEAR FRIEND!
PERINGATAN:
-SEMOGA BERJAYA-
Sunday, October 17, 2010
MENCARI KETENANGAN
Dalam kesibukan menjalani kehidupan, pelbagai masalah, rintangan dan halangan terpaksa ditempuhi sehingga menyebabkan diri sendiri berada dalam keadaan tertekan dan diri tidak tenteram. Sama seperti saya, setiap kali menghadapi masalah dalam pembelajaran, kesukaran dalam menjalankan sesuatu kerja atau urusan dan gelisah, teman yang paling rapat adalah al-Quran. Setiap kali datangnya masalah dan kesulitan, setiap kali itulah saya menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mencari ketenangan. Sememangnya begitu mujarab! Bacalah dan fahamilah setiap kalimat-kalimat Allah yang tidak ternilai itu..insyaAllah..segala kebuntuan, kekusutan dan keraguan akan menemui jalan penyelesaiannya. Setiap hari saya akan meluangkan masa untuk menelaah al-Quran paling tidak pun 2 halaman sehari. Dengan cara ini, hati saya akan tenteram dan tidak mudah menggelabah dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan. Sungguh besar dan bernilainya pemberian Allah melalui mukjizat yang dikurniakan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran sumber ketenangan dalam diri saya.. Anda pula bagaimana?
FAKTA TENTANG CHOCOLATE
Coklat atau Chocolate sudah pasti disukai segenap lapisan umur tidak kira kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. Saya juga salah seorang yang tergolong dalam kelompok penggemar chocolate. Saudara juga begitu bukan? Jika dilihat pada hari ini, coklat telah divariasikan dengan pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk biskut, ais krim, dan juga kek. Kepelbagaian bentuk dan juga rasa membuatkan ramai yang menjadi peminat chocolate tegar. Semakin cantik coklat dihias, semakin tinggi nilai komersialnya. Tahukah anda dari mana datangnya istilah chocolate? Istilah Chocolate di sebut "xocolati" iaitu bahasa suku Aztec yang bermaksud minuman pahit. Coklat selalunya dianggap sebagai minuman yang dibuat buih, kadangkala ditaburi lada merah, vanila, madu dan sebagainya. Kini, fungsi coklat telah dipelbagaikan dan tinggi nilainya sehingga boleh dijadikan sumber pendapatan. Coklat mendapat sambutan daripada orang ramai dan selalunya ditempah untuk dijadikan sebagai hadiah, buah tangan dan sebagainya. Hujung bulan September yang lalu saya juga tidak terkecuali menerima 2 kotak yang berisi coklat. Coklat tersebut dihadiahkan oleh kawan baik saya sempena hari lahir saya. Lihat..betapa larisnya coklat sehingga mampu mendapat tempat dihati manusia.
Inilah coklat yang disaluti dengan almond atau dikenali juga badam pemberian kawan baik saya. Sedap sangat!betul-betul enak.... (^_^)... Di samping rasanya yang enak, coklat mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Apakah khasiatnya? Anda ingin tahu...ikuti entri saya di bawah ya!
Antara khasiat chocolate ialah:
- mengurangkan proses penuaan, kerosakan sel, membantu tubuh untuk beristirehat & mengurangkan gejala insomnia
- mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga kanser
- memberikan ketenangan & rasa gembira
- mengurangkan tekanan darah
- meningkatkan fungsi otak
- mengatasi bau mulut dan anti kaviti
- menghalang penyakit Alzhemier's & osteoporosis
Ada juga mitos yang mengatakan dengan memakan coklat ia boleh membawa kesan sampingan seperti jerawat, migrain dan sebagainya. Kajian di Universiti Pittsburgh mendapati coklat bukan merupakan punca kepada berlakunya masalah migrain. Ia dapat membantu mengurangkan stress dan juga sakit kepala.
Pada semester yang lalu seingat saya ketika Hari Susastera@blogspot.com, pensyarah kesayangan saya menyediakan 1 kotak kecil coklat yang cantik untuk diberikan kepada kami. Sungguh enak coklat pemberian Dr. Mawar! Terima kasih Dr.. Saya sempat mengambil gambar coklat tersebut.. Pelbagai bentuk coklat di dalamnya.
Rakan-rakan Persuratan Melayu, ingatkah anda akan coklat di atas??
Thursday, October 14, 2010
KHASIAT SAYUR-SAYURAN
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi bersama khasiat pelbagai jenis sayur-sayuran. Mengapa setiap manusia memerlukan sayur dalam kehidupan seharian??mengapa perlu mengambil sayur dalam menu harian??pasti semua tertanya-tanya kan.. Entri ini akan memaparkan khasiat sayur-sayuran dalam menjamin kesihatan tubuh badan. Antara sayuran yang terbaik untuk dimakan ialah bendi, timun, asparagus, pegaga, jering dan sebagainya. Sama-sama kita menerjah apakah khasiat di sebalik daun hijau tersebut..
BENDI
dikelaskan dalam kategori genus abelmochus dikatakan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bendi kaya dengan zat galian, vitamin dan juga kalsium. Kesemua vitamin-vitamin ini diperlukan dalam tumbesaran. Bendi dikatakan baik dalam membantu perkembangan otak. Selain itu, bendi juga digunakan sebagai perangsang buangan air, merawat gonorea, sifilis, dan bengkak saluran pernafasan dan kerongkong.
TIMUN
biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Timun yang telah masak dan dimakan mentah pula dikatakan dapat merawat penyakit pucat dan juga merawat penyakit buasir.
ASPARAGUS
kaya dengan kandungan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C serta niasin. Asparagus merupakan satu sayur-sayuran yang terbaik bagi kalenjar tiroid, pineal, adrenal, jantung, hati, limpa, pankreas dan juga kulit.
PEGAGA
menjadi agen antialergi, antikanser, antidisentri, perangsang pembuangan urin, stimulan, tonik, kusta, gonorea dan sebagainya.
ASPARAGUS
kaya dengan kandungan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C serta niasin. Asparagus merupakan satu sayur-sayuran yang terbaik bagi kalenjar tiroid, pineal, adrenal, jantung, hati, limpa, pankreas dan juga kulit.
PEGAGA
menjadi agen antialergi, antikanser, antidisentri, perangsang pembuangan urin, stimulan, tonik, kusta, gonorea dan sebagainya.
Thursday, October 7, 2010
..SELAMAT HARI LAHIR..
Detik demi detik dikira...maka genap sudah umur saya 21 tahun. Begitu pantas masa berlalu ya! Tanggal 30 September 2010 menjadi hari yang paling manis dalam hidup saya. ex-roomate bersama teman-teman yang lain telah membuat kejutan kepada saya tepat jam 12.00pm. waaaa....begitu teruja saya dengan kejutan yang mereka buat. Mereka menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir, Wanie" bersama-sama dengan yang lain sambil membawa sebiji kek kepada saya. Sungguh terharu+gembira dan bermacam-macam lagi perasaan. Saya langsung tidak menduga keadaan tersebut akan berlaku. Apa-apa pun, sekalung penghargaan buat semua yang mengucapkan selamat hari lahir untuk saya..terima kasih semua........ (^_^)
AKADEMI SASTERA '10
Tanggal 30 September 2010 adalah hari yang penuh maknanya dalam hidup saya. Banyak peristiwa manis berlaku pada tanggal tersebut. Paling menyeronokkan, kami pelajar tahun 2 telah menyaksikan Akademi Sastera yang berlangsung di gedung sastera Malaysia iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Sungguh teruja pada saat tersebut kerana salah seorang daripada kami iaitu Wan Mohd Syazwan terpilih untuk mewakili UKM dengan novel yang dikajinya iaitu Orang Malaya. Kami sekelas ke DBP untuk memberi sokongan. Akademi Sastera tersebut berlangsung selama 2 hari bermula dari 29-30 September 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)

